312. Penetapan rayuan dalam senarai
Feedback & support(1)
Jika Hakim tidak menolak rayuan secara terus, dia hendaklah menyerahkan dokumen yang disebut dalam seksyen 308 kepada
Pendaftar yang hendaklah menomborkan rayuan itu dan memasukkannya ke dalam senarai rayuan yang akan didengar dan
Kanun Tatacara Jenayah 207
memberikan notis kepada pihak-pihak bahawa rayuan itu telah dimasukkan sedemikian.
(2)
Sebaik sahaja tarikh telah ditetapkan, Pendaftar hendaklah memberikan notis kepada pihak-pihak itu mengenai tarikh pendengaran rayuan itu.
(3)
Dalam apa-apa kes seseorang Hakim boleh, atas usulnya sendiri atau atas permohonan sesuatu pihak yang berkenaan dan dengan notis yang munasabah kepada pihak-pihak mempercepat atau menunda pendengaran sesuatu rayuan.