313. Tatacara semasa pendengaran
Feedback & supportApabila rayuan itu sampai masanya untuk didengar, perayu, jika hadir, hendaklah didengar terlebih dahulu bagi menyokong rayuan itu, responden, jika hadir, hendaklah didengar bagi menentang rayuan itu, dan perayu itu berhak untuk menjawab.
Jika perayu itu tidak hadir untuk menyokong rayuannya,
Mahkamah boleh menimbangkan rayuannya dan boleh membuat apa-apa perintah mengenainya sebagaimana yang difikirkannya patut:
Dengan syarat bahawa Mahkamah boleh enggan menimbangkan rayuan itu atau enggan membuat apa-apa perintah sedemikian dalam hal seseorang perayu yang berada di luar bidang kuasa atau yang tidak hadir sendiri di hadapan Mahkamah itu menurut suatu syarat yang berdasarkannya dia dibenarkan untuk dijamin, kecuali atas apa-apa terma sebagaimana yang difikirkan oleh Mahkamah patut dikenakan.