319. Perakuan dan akibat penghakiman
Feedback & support(1)
Apabila sesuatu kes diputuskan oleh seseorang Hakim atas rayuan di bawah
Bab ini, dia hendaklah memperakukan penghakimannya atau perintahnya kepada Mahkamah yang telah merekodkan atau menjatuhkan dapatan, hukuman atau perintah yang terhadapnya rayuan itu dibuat.
(2)
Apabila sesuatu rayuan tidak ditolak perakuan itu hendaklah menyatakan alasan yang berdasarkannya rayuan itu telah dibenarkan atau keputusan Mahkamah Majistret itu telah diubah.
(3)
Mahkamah yang kepadanya seseorang Hakim memperakukan penghakimannya atau perintahnya hendaklah sesudah itu membuat apa-apa perintah yang menepati penghakiman atau perintah Hakim itu dan, jika perlu, rekod hendaklah dipinda mengikut hukuman atau perintah itu.