316. Keputusan atas rayuan
Feedback & supportPada pendengaran rayuan itu, Hakim boleh, jika difikirkannya tiada alasan yang mencukupi bagi campur tangan, menolak rayuan itu, atau boleh —
dalam sesuatu rayuan terhadap suatu perintah pembebasan, mengakaskan perintah itu, dan mengarahkan supaya siasatan lanjut dibuat, atau supaya tertuduh itu dibicarakan semula, mengikut mana-mana yang berkenaan, atau mendapatinya bersalah dan menjatuhkan hukuman ke atasnya mengikut undang-undang;
dalam sesuatu rayuan terhadap sabitan atau dalam sesuatu rayuan terhadap hukuman—
mengakaskan dapatan dan hukuman itu dan membebaskan atau melepaskan tertuduh, atau memerintahkan supaya dia dibicarakan semula; atau
Kanun Tatacara Jenayah 209
mengubah dapatan itu, mengekalkan hukuman itu, atau dengan atau tanpa mengubah dapatan itu mengurangkan atau menambahkan hukuman itu atau mengubah jenis hukuman itu;
dalam sesuatu rayuan terhadap apa-apa perintah lain, mengubah atau mengakaskan perintah itu.