317. Perintah supaya mengambil keterangan lanjut
Feedback & support(1)
Dalam menguruskan apa-apa rayuan di bawah Bab ini, seseorang Hakim, jika difikirkannya keterangan tambahan adalah perlu, boleh sama ada mengambil keterangan itu sendiri atau mengarahkan supaya keterangan itu diambil oleh seorang Majistret.
(2)
Apabila keterangan tambahan itu diambil oleh seorang
Majistret, dia hendaklah memperakukan keterangan itu kepada
Mahkamah Tinggi yang sesudah itu hendaklah, secepat yang boleh, meneruskan pemberesan rayuan itu.
(3)
Melainkan jika Hakim mengarahkan selainnya, tertuduh atau peguam belanya hendaklah hadir apabila keterangan tambahan itu diambil.
(4)
Pengambilan keterangan di bawah seksyen ini hendaklah, bagi maksud Bab XXV, disifatkan sebagai suatu siasatan.