311. Penggantungan pelaksanaan sementara menanti rayuan
Feedback & supportKecuali dalam hal hukuman sebat (yang pelaksanaannya hendaklah digantung sementara menanti rayuan), tiada rayuan boleh berkuat kuasa sebagai penggantungan pelaksanaan, tetapi Mahkamah yang lebih rendah atau seseorang Hakim boleh menggantung pelaksanaan ke atas apa-apa penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman sementara menanti rayuan, atas apa-apa terma tentang jaminan bagi pembayaran apa-apa wang atau pelaksanaan atau ketidaklaksanaan apa-apa perbuatan atau penjalanan apa-apa hukuman yang diperintahkan oleh atau dalam penghakiman, perintah, sabitan atau hukuman itu sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh
Mahkamah yang lebih rendah itu atau Hakim itu.