322. Kos
Feedback & support(1)
Tertakluk pada subseksyen yang berikut, dalam semua prosiding di bawah Bab ini dan yang berikutnya seseorang Hakim hendaklah mempunyai kuasa untuk mengawardkan apa-apa kos sebagaimana yang difikirkannya patut dibayar oleh pengadu kepada tertuduh atau oleh tertuduh kepada pengadu:
Kanun Tatacara Jenayah 211
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua kos pun boleh diawardkan dalam mana-mana prosiding yang dibawa terhadap sesuatu perintah pembebasan.
(2)
Kos itu hendaklah ditaksirkan oleh Hakim pada masa dia memberikan keputusannya.
(3)
Tiada kos boleh diawardkan dalam apa-apa hal sama ada terhadap atau yang memihak kepada Pendakwa Raya.