314. Ketidakhadiran responden
Feedback & support(1)
Jika, pada pendengaran rayuan itu, responden tidak hadir dan
Mahkamah tidak berpuas hati bahawa notis rayuan itu telah disampaikan dengan sewajarnya kepadanya, maka Mahkamah tidak boleh membuat apa-apa perintah dalam perkara rayuan itu yang menentang atau memudaratkan responden itu, tetapi hendaklah menangguhkan pendengaran rayuan itu ke suatu hari yang akan datang
208
Undang-Undang Malaysia supaya dia hadir, dan hendaklah mengeluarkan notis yang dikehendaki kepadanya bagi penyampaian melalui Pendaftar.
(2)
Jika penyampaian notis yang akhir disebut itu tidak boleh dilaksanakan ke atas responden itu, Mahkamah hendaklah meneruskan pendengaran rayuan itu tanpa kehadirannya.