Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

58. Syarat berkanun lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Menjadi syarat tiap-tiap lesen pengendali yang dikeluarkan di bawah Bab ini—

(a)

bahawa kenderaan barangan itu disenggarakan dalam keadaan baik dan boleh guna sebagaimana yang ditentukan oleh Ketua Pengarah Pengangkutan Jalan;

(b)

bahawa pengendali berlesen dan pekerjanya yang memandu kenderaan barangan itu memberikan keutamaan yang paling tinggi kepada keselamatan penumpang di atas kenderaan barangan itu, jika berkenaan, dan pengguna jalan yang lain dan hendaklah, khususnya, memastikan bahawa semua peruntukan Akta ini dan semua undang-undang bertulis yang lain berkenaan dengan perkara yang diperihalkan di bawah dipatuhi dengan sewajarnya berhubungan dengan kenderaan barangan itu atau berkaitan dengan penggunaan atau pengendaliannya:

(i)

had laju yang dikenakan berkenaan dengan kenderaan barangan atau kelasnya;

(ii)

berat dengan muatan dan tanpa muatan dan, memuatkan dan memunggahkan, kenderaan barangan; dan

(iii)

pembinaan, pengunaan dan kelengkapan kenderaan motor secara amnya dan, kenderaan barangan khususnya, mengikut mana-mana yang berkenaan;

dan

(c)

bahawa kewajipan seseorang pengendali berlesen di bawah

Pengangkutan Awam Darat 81

(2)

Seseorang pengendali berlesen yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan pada lesen pengendali di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak kurang daripada satu ribu ringgit tetapi tidak lebih daripada lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules