Skip to content
In forceUpdated to 1 Jul 2025Read it in English
Contents

Bab · Bab 4 Bahagian ini dipatuhi sepenuhnya.

59. Pembaharuan lesen pengendali

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada subseksyen (2), mana-mana pengendali berlesen di bawah Bab ini, yang memuaskan hati Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat bahawa semenjak tarikh pengeluaran lesen pengendali itu, dia telah dengan sah dan berterusan mengadakan secara memuaskan dan cekap perkhidmatan kenderaan barangan mengikut terma dan syarat lesen pengendali itu, hendaklah apabila membuat permohonan kepada Ketua Pengarah Pengangkutan Awam Darat bagi pembaharuan lesen pengendali itu, diberi keutamaan daripada semua permohonan lain bagi lesen pengendali untuk menjalankan perkhidmatan sedemikian atau perniagaan mengendalikan atau mengadakan perkhidmatan sedemikian yang sebahagian besarnya adalah sama dengan perkhidmatan yang telah dikendalikan atau diadakan oleh pengendali berlesen itu.

(2)

Tertakluk pada subseksyen (3) dan (4), Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat boleh, apabila suatu permohonan dibuat oleh pengendali berlesen itu, memperbaharui lesen pengendali itu dengan apa-apa syarat yang difikirkan patut oleh Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat atau menolak permohonan itu.

(3)

Sesuatu permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat sekurang-kurangnya sembilan puluh hari sebelum tarikh habis tempoh lesen pengendali yang sedia ada dan hendaklah disertai dengan fi pembaharuan yang ditetapkan.

(4)

Jika pemohon tidak mematuhi subseksyen (3) dan tidak memberikan apa-apa sebab yang difikirkan munasabah oleh Ketua

Pengarah Pengangkutan Awam Darat, Ketua Pengarah Pengangkutan

82 Undang-Undang Malaysia AKTA 715

Awam Darat boleh enggan untuk meneruskan dengan, mendengar atau memutuskan permohonan itu.

(5)

Jika tiada permohonan bagi pembaharuan lesen pengendali dikemukakan, pengendali berlesen itu hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh habis tempoh lesen pengendali itu mengembalikan lesen pengendali itu kepada Ketua Pengarah

Pengangkutan Awam Darat.

Report

Bab 4

Bab 5

Bab 6

Bahagian IV

Kereta Api

Bab 7

Bab 8

Bab 9

Bahagian V

Penyepaduan

Bahagian VI

Kemalangan, Siasatan dan Penyiasatan

Bahagian VII

Bahagian VII–

Bahagian VIII

Rayuan

Bahagian IX

Pengambilalihan Kawalan

Bahagian X

Kesalahan Umum dan Penalti

Bahagian XI

Kuasa Mengumpulkan Maklumat dan Peruntukan Penguatkuasaan

Bahagian XII

Schedules