Seksyen 17
Kuasa menjual tertakluk kepada keadaan susut nilai
(2)
Tiada apa-apa jualan yang dibuat oleh seseorang pemegang amanah, selepas pindah hak disempurnakan, boleh dicabar terhadap pembeli atas alasan bahawa mana-mana daripada syarat yang tertakluk kepadanya jualan itu dibuat telah dengan tidak sepatutnya susut nilai, melainkan jika didapati bahawa pembeli itu telah bertindak secara pakatan dengan pemegang amanah pada masa kontrak untuk menjual itu dibuat.
(3)
Tiada seorang pun pembeli, apabila sesuatu jualan dibuat oleh seseorang pemegang amanah, boleh membuat apa-apa bantahan terhadap hakmilik atas mana-mana alasan tersebut dahulu.
26 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(4)
Seksyen ini terpakai bagi jualan yang dibuat sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.