Seksyen 20
Seksyen 20
Seseorang pemegang amanah bagi sesuatu pegangan pajak yang boleh diperbaharui dari semasa ke semasa sama ada menurut sesuatu waad atau kontrak atau mengikut adat atau amalan biasa boleh, jika difikirkannya patut, dan hendaklah, jika dikehendaki oleh mana-mana orang yang mempunyai sesuatu kepentingan benefisial, pada masa itu, menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dari semasa ke semasa suatu pajakan yang dibaharui mengenai harta yang sama mengikut terma-terma yang lazim dan berpatutan dan bagi maksud itu boleh dari semasa ke semasa menyerahkan atau bersetuju untuk menyerahkan pajakan yang ada pada masa itu, dan melakukan apa-apa jua perbuatan lain sebagaimana perlu:
Dengan syarat bahawa, jika menurut terma penyelesaian atau amanah itu orang yang memiliki selama tempoh hayatnya atau kepentingan terhad lain berhak menikmatinya tanpa apa-apa kewajipan untuk membaharui pegangan pajak itu atau menyumbangkan wang bagi belanja membaharuinya, seksyen ini tidak terpakai melainkan jika persetujuan orang itu telah diperoleh secara bertulis bagi membaharui pegangan pajak tersebut di pihak pemegang amanah.
(2)
Jika wang diperlukan bagi membayar belanja membaharui pegangan pajak itu, pemegang amanah yang membuat pembaharuan itu boleh membayarnya dengan apa-apa wang yang ada pada masa itu dalam tangannya secara amanah bagi orang-orang yang mempunyai kepentingan benefisial pada tanah yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang diperbaharui itu, dan jika dia tidak mempunyai di dalam tangannya wang yang cukup bagi maksud itu dia boleh mendapatkan wang yang diperlukan itu dengan menggadaikan harta yang hendak dimasukkan ke dalam pajakan yang hendak diperbaharui itu atau mana-mana harta lain yang pada masa itu tertakluk kepada amanah yang kepadanya harta tersebut tertakluk; dan tiada seorang pun yang mendahulukan wang atas sesuatu gadaian yang berupa dibuat mengikut kuasa ini terikat untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki atau bahawa tidak didapatkan wang yang lebih daripada
Pemegang Amanah 29
yang dikehendaki bagi maksud itu atau selainnya mengenai penggunaannya.
Kuasa untuk mendapatkan wang dengan cara jualan, gadaian, dll.