Akta Pemegang Amanah 1949 · Updated to 1 Mar 2016 · Bahagian III · Kuasa Am Pemegang Amanah dan Wakil Peribadi
33. Perlindungan berkenaan dengan notis
Feedback & supportSeseorang pemegang amanah atau wakil diri yang bertindak bagi maksud lebih daripada satu amanah atau estet tidaklah, jika tidak ada fraud, terjejas oleh permakluman mengenai sesuatu surat cara, perkara, fakta atau benda yang berhubungan dengan sesuatu amanah atau estet tertentu jika dia telah mendapat notis mengenainya semata-mata oleh kerana dia bertindak atau telah bertindak bagi maksud amanah atau estet yang lain.