Skip to content

Seksyen 29

Kuasa untuk bersetuju dengan orang lain

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 29 of 69
Seksyen 29

Jika sesuatu bahagian yang belum dipecahkan mengenai hasil jualan tanah yang diarahkan supaya dijual, atau mengenai mana-mana harta lain, adalah tertakluk kepada sesuatu amanah, atau menjadi sebahagian daripada estet pewasiat atau si mati tak berwasiat, pemegang amanah atau wakil diri boleh (tanpa memudaratkan amanah untuk menjual yang melibatkan keseluruhan tanah itu dan kuasa-kuasa pemegang amanah untuk menjual berhubungan dengannya) melaksana atau menjalankan mana-mana amanah atau kuasa yang terletak hak pada mereka berhubungan dengan bahagian itu bersesama dengan orang-orang yang berhak mendapat atau mempunyai kuasa bagi maksud itu ke atas bahagian atau bahagian-bahagian yang lain itu, walaupun mana-mana seorang atau beberapa orang pemegang amanah atau wakil diri itu berhak mendapat atau ada kepentingan pada mana-mana bahagian yang lain itu, sama ada atas sifatnya atau sifat mereka sendiri atau sifat fidusiarinya.