Skip to content

Seksyen 21

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 21 of 69

Seksyen 21

(1)

Jika pemegang-pemegang amanah diberi kuasa oleh surat cara, jika ada, mewujudkan amanah itu atau oleh undang-undang membayar atau menggunakan wang modal yang tertakluk kepada amanah itu bagi apa-apa maksud atau dengan apa-apa cara, mereka hendaklah mempunyai kuasa untuk mendapatkan wang dengan menjual, menukar, memanggil, atau menggadaikan kesemua atau mana-mana bahagian harta amanah yang dimilik pada masa itu.

(2)

Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa yang berlawanan yang terkandung dalam surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, tetapi tidak terpakai bagi pemegang amanah harta yang dipegang bagi maksud khairat.