Skip to content

Seksyen 19

Kuasa mengkompaun liabiliti

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 19 of 69
Seksyen 19

Seorang wakil diri, atau dua orang pemegang amanah atau lebih yang bertindak, bersesama atau seorang pemegang amanah tunggal yang bertindak jika melalui surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu, atau melalui undang-undang bertulis, seorang pemegang amanah tunggal dibenarkan melaksanakan amanah dan kuasa yang diberikan kepadanya, boleh, jika dan sebagaimana difikirkannya atau oleh mereka patut—

(a)

menerima apa-apa harta, sebelum sampai masanya yang ia boleh dipindahkan atau boleh dibayar;

(b)

mengasingkan dan mengumpukkan apa-apa wang atau harta amanah yang bercampur;

(c)

membayar atau membenarkan apa-apa hutang atau tuntutan menurut apa-apa keterangan yang difikirkannya cukup;

(d)

menerima apa-apa komposisi atau apa-apa cagaran bagi sesuatu hutang, atau bagi apa-apa harta, yang dituntut;

(e)

memberi masa bagi pembayaran apa-apa hutang; atau

(f)

mengkompromi, mengkompaun, menghentikan, atau mengemukakan pada timbang tara atau selainnya menyelesaikan apa-apa hutang, akaun, tuntutan atau apa-apa jua benda yang berhubungan dengan estet pewasiat atau estet si mati tanpa wasiat atau berhubungan dengan amanah itu, dan bagi mana-mana maksud itu boleh mengikat, memberi, menyempurnakan dan membuat apa-apa perjanjian, surat cara komposisi atau perkiraan, pelepasan, dan benda-benda lain yang difikirkan olehnya atau oleh mereka manfaat, tanpa bertanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan olehnya atau oleh mereka dengan suci hati.

28 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

Kuasa pemegang amanah pegangan pajak yang boleh diperbaharui untuk memperbaharui dan mendapatkan wang bagi maksud itu