Skip to content

Seksyen 32

Perlindungan dengan cara iklan

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 32 of 69
Seksyen 32
(1)

Dengan bertujuan hendak memindah hak kepada atau membahagikan di kalangan orang yang berhak mendapat sesuatu harta alih atau tak alih, pemegang amanah atau wakil diri boleh memberi notis melalui iklan dalam Warta, dan apa-apa notis lain yang serupa, termasuk notis di tempat-tempat lain selain Malaysia, sebagaimana, dalam sesuatu hal tertentu, diarahkan oleh mahkamah dalam tindakan bagi pentadbiran, tentang cadangan mereka hendak membuat apa-apa pemindahhakkan atau pembahagian yang tersebut dahulu, dan menghendaki mana-mana orang yang ada kepentingan untuk menghantar kepada pemegang amanah atau wakil diri dalam masa, tidak boleh kurang daripada dua bulan, yang ditetapkan dalam notis itu atau, jika lebih daripada satu notis diberi, dalam notis yang terakhir, butir-butir tuntutannya berkenaan dengan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh notis itu.

(2)

Apabila tamatnya tempoh yang ditetapkan oleh notis itu pemegang amanah atau wakil diri boleh memindah hak atau membahagikan harta itu atau mana-mana bahagiannya yang dimaksudkan oleh notis itu, kepada atau di kalangan orang yang berhak mendapatnya, dengan memberi perhatian hanya terhadap tuntutan, sama ada formal atau tidak, yang pada masa itu diketahui oleh pemegang amanah atau wakil diri itu dan tidaklah berkenaan dengan

42 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

harta yang dipindah hak atau dibahagi demikian, bertanggungan terhadap mana-mana orang yang tuntutannya tidak diketahui oleh pemegang amanah atau wakil diri pada masa pemindahhakkan atau pembahagian itu; tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini—

(a)

menjejaskan hak mana-mana orang untuk mengikuti harta itu, atau mana-mana harta yang bersamaan, ke dalam tangan mana-mana orang, selain pembeli, yang telah menerimanya; atau

(b)

melepaskan pemegang amanah atau wakil diri daripada apa-apa kewajipan untuk membuat penelitian yang serupa a dengan penelitian yang seseorang bakal pembeli sepatutnya dinasihatkan membuat atau mendapatkan.

(3)

Seksyen ini terpakai walau apa pun apa-apa jua yang berlawanan dalam wasiat atau surat cara lain, jika ada, yang mewujudkan amanah itu.