Skip to content

Seksyen 37

Kuasa pendahuluan

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 37 of 69
Seksyen 37

Pemegang-pemegang amanah boleh pada bila-bila masa membayar atau menggunakan apa-apa wang modal yang tertakluk kepada sesuatu amanah, dengan apa-apa cara yang, mengikut budi bicara mutlak mereka, fikirkan patut bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang yang berhak mendapat modal harta amanah itu atau mana-mana bahagiannya, sama ada secara mutlak atau kontingen, apabila dia mencapai sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, atau yang tertakluk kepada sesuatu pemberian yang beralih atas kematiannya di bawah sesuatu umur tertentu atau apabila berlakunya apa-apa kejadian lain, dan sama ada yang ada dalam milik atau pada baki atau perkembalian, dan bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat walaupun kepentingan orang itu boleh dikecewakan dengan penjalanan kuasa pelantikan atau pembatalan, atau dikurangkan dengan bertambahnya bilangan orang dalam kumpulannya:

Dengan syarat bahawa—

(a)

wang yang dibayar atau digunakan bagi pendahuluan atau faedah mana-mana orang itu tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang berlawanan dalam surat cara amanah itu, melebihi sepuluh ribu ringgit atau pada agregatnya amaun yang senilai dengan setengah daripada bahagian atau kepentingan orang itu yang dianggapkan atau terletak hak pada harta amanah itu, mengikut mana yang lebih besar;

(b)

jika orang itu berhak atau menjadi berhak dengan mutlaknya dan tidak boleh disangkal untuk mendapat sesuatu bahagian daripada harta amanah itu, wang yang dibayar atau digunakan demikian itu hendaklah dimasuk kira sebagai sebahagian daripada bahagian itu; dan

(c)

tiada apa-apa bayaran atau penggunaan sedemikian boleh dibuat jika ia menjejaskan mana-mana orang yang berhak mendapat sesuatu kepentingan seumur hidup atau kepentingan lain yang terdahulu, sama ada yang terletak

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

hak atau kontingen, pada wang yang dibayar atau digunakan itu, melainkan jika orang itu masih hidup dan cukup umur dan memberi persetujuan secara bertulis terhadap bayaran atau penggunaan itu.