Skip to content

Seksyen 30

Kuasa mewakilkan amanah semasa berada di luar negeri

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 30 of 69
Seksyen 30
(1)

Seseorang pemegang amanah yang bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama suatu tempoh yang melebihi empat belas hari boleh, walau apa pun kaedah undang-undang atau ekuiti yang berlawanan, dengan surat kuasa wakil, mewakilkan kepada mana-mana orang (termasuk sesuatu perbadanan amanah) pelaksanaan atau perjalanan, semasa dia tiada dalam Malaysia, kesemua atau mana-mana amanah, kuasa atau budi bicara yang terletak hak padanya sebagai pemegang amanah sedemikian, sama ada bersendirian atau bersesama dengan mana-mana orang lain:

Dengan syarat bahawa jika orang itu adalah pemegang amanah bersama yang tunggal dan bukannya suatu perbadanan amanah, orang itu tidak boleh dilantik sebagai wakil di bawah subseksyen ini.

38 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

(2)

Seseorang pemberi surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini hendaklah bertanggungan terhadap perbuatan atau keingkaran penerima kuasa itu sama caranya seolah-olah perbuatan atau keingkaran itu adalah perbuatan atau keingkaran pemberi tersebut.

(3)

Surat kuasa wakil itu tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika dan sehingga pemberinya berada di luar Malaysia dan akan terbatal dengan kepulangan atau kemasukkannya ke dalam Malaysia.

(4)

Surat kuasa wakil itu hendaklah ditentusahkan dengan penyaksian mengikut cara yang dikehendaki oleh Akta Surat Kuasa

Wakil 1949 [Akta 424], dan salinan sahih atau salinan pejabatnya hendaklah didepositkan di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi sebagaimana dikehendaki oleh Akta itu, bersama dengan suatu akuan berkanun oleh pemberi itu bahawa dia bercadang hendak tinggal di luar Malaysia selama tempoh melebihi empat belas hari dari tarikh akuan itu, atau dari sesuatu tarikh yang disebutkan di dalamnya.

(5)

Akuan berkanun yang tersebut dahulu dan akuan berkanun oleh penerima kuasa wakil itu yang menyatakan bahawa kuasa itu telah mula berkuat kuasa dan masih belum dibatalkan dengan kepulangan atau kemasukan pemberi kuasa itu ke dalam Malaysia hendaklah menjadi keterangan muktamad mengenai fakta yang dinyatakan itu bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu.

(6)

Bagi faedah mana-mana orang yang berurusan dengan penerima itu, apa-apa perbuatan yang dilakukan atau surat cara yang disempurnakan oleh penerima itu hendaklah, walaupun kuasa itu tidak pernah berkuat kuasa atau telah terbatal kerana perbuatan pemberi itu atau dengan kematiannya atau selainnya, adalah sama sah dan kuat kuasa seolah-olah pemberi itu masih hidup dan berkeupayaan penuh, dan telah melakukan perbuatan atau menyempurnakan surat cara itu sendiri, melainkan jika orang itu betul-betul mengetahui bahawa kuasa itu tidak pernah berjalan kuat kuasanya atau mengenai pembatalan kuasa itu sebelum perbuatan itu dilakukan atau surat cara itu disempurnakan.

(7)

Bagi maksud melaksanakan atau menjalankan amanah atau kuasa yang diwakilkan kepadanya, penerima itu boleh menjalankan

Pemegang Amanah 39

apa-apa kuasa yang diberi kepada pemberi itu selaku pemegang amanah oleh undang-undang atau oleh surat cara yang mewujudkan amanah itu, termasuk kuasa, bagi maksud memindahkan sesuatu stok tercatat, baginya mewakilkan kepada seseorang wakil kuasa untuk memindahkan tetapi tidaklah termasuk mewakilkan kuasa perwakilan yang diberi oleh seksyen ini.

(8)

Pada hakikatnya jika didapati daripada mana-mana surat kuasa wakil yang diberi di bawah seksyen ini, atau daripada mana-mana keterangan yang dikehendaki bagi maksud mana-mana surat kuasa wakil sedemikian atau selainnya, bahawa dalam membuat urusan dengan mana-mana stok penerima kuasa itu bertindak dalam melaksanakan sesuatu amanah tidak boleh disifatkan bagi apa jua maksud sebagai menjejaskan mana-mana orang, yang di dalam bukunya stok itu tercatat atau terdaftar, yang mengetahui tentang amanah itu.

(9)

Tiada apa-apa surat kuasa wakil boleh berkuat kuasa bagi maksud seksyen ini selama tempoh yang lebih lama daripada tiga tahun dari tarikh ia dilaksanakan.

Indemniti