Seksyen 27
Kepentingan perkembalian, penilaian dan pengauditan
Jika harta amanah meliputi apa-apa bahagian atau kepentingan pada harta yang tidak terletak hak pada pemegang amanah, atau hasil jualan mana-mana harta sedemikian, atau apa-apa benda lain dalam tindakan, apabila bahagian atau kepentingan pada harta, hasil jualan mana-mana harta sedemikian atau benda dalam tindakan itu jatuh ke dalam milik, atau menjadi kena dibayar atau boleh dipindahkan, pemegang amanah boleh—
(a)
mempersetujui atau menentukan amaunnya atau nilainya atau mana-mana bahagiannya mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut;
Pemegang Amanah 33
(b)
menerima sebagai atau bagi penyelesaiannya, mengikut nilai pasaran atau nilai semasa, atau atas apa-apa penilaian atau anggaran nilai yang mereka fikirkan patut, apa-apa pelaburan yang dibenarkan;
(c)
membenarkan apa-apa potongan mengenai duti, kos, caj dan perbelanjaan yang mereka fikirkan patut atau munasabah;
(d)
menyempurnakan apa-apa pelepasan berkenaan dengan premis itu supaya dengan berkesannya melepaskan semua pihak yang bertanggungjawab daripada segala liabiliti berkenaan dengan apa-apa perkara yang termasuk dalam skop pelepasan itu, tanpa dipertanggungjawabkan dalam mana-mana hal sedemikian terhadap apa-apa kerugian yang disebabkan oleh apa-apa perbuatan atau perkara yang dilakukan demikian oleh mereka dengan suci hati.
(2)
Pemegang-pemegang amanah itu tidak boleh dikenakan apa-apa kewajipan dan tidak boleh dipertuduh atas pecah amanah oleh sebab apa-apa ketinggalan—
(a)
untuk memohon mendapatkan sesuatu perintah pemberhentian atau perintah lain yang serupa ke atas apa-apa sekuriti atau harta lain yang daripadanya atau mengenainya bahagian atau kepentingan atau benda lain dalam tindakan yang tersebut dahulu diperoleh, kena dibayar atau ditanggungkan; atau
(b)
untuk mengambil apa-apa prosiding oleh sebab sesuatu perbuatan, keingkaran, atau keabaian di pihak orang yang padanya sekuriti atau harta lain atau salah satu daripadanya atau mana-mana bahagiannya pada masa itu, atau telah pada bila-bila masa, terletak hak, melainkan jika dan sehingga dikehendaki berbuat demikian secara bertulis oleh mana-mana orang, atau penjaga mana-mana orang, yang mempunyai kepentingan benifisial di bawah amanah itu, dan
34 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
melainkan jika peruntukan sewajarnya juga dibuat dengan memuaskan hati mereka mengenai pembayaran kos mana-mana prosiding yang perlu diambil:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh melepaskan pemegang amanah daripada kewajipan memungut dan mendapatkan bayaran atau memindahkan bahagian atau kepentingan atau benda kain dalam tindakan itu apabila ia jatuh ke dalam milik.
(3)
Pemegang-pemegang amanah boleh, bagi maksud memberi kuat kuasa pada amanah itu, atau mana-mana peruntukan surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu atau mana-mana undang-undang bertulis, dari semasa ke semasa (melalui ejen yang sewajarnya berkelayakan) menentukan dan menetapkan nilai mana-mana harta amanah mengikut apa-apa cara yang mereka fikirkan patut, dan apa-apa penilaian yang dibuat demikian dengan suci hati hendaklah mengikat ke semua pihak yang ada kepentingan di bawah amanah itu.
(4)
Pemegang-pemegang amanah boleh, mengikut budi bicara mutlak mereka, dari semasa ke semasa, tetapi tidak lebih daripada sekali dalam tiap-tiap tahun melainkan jika jenis amanah itu atau apa-apa urusan khas mengenai harta amanah itu menyebabkannya munasabah untuk menjalankan hak itu dengan lebih kerap, mengarahkan supaya akaun harta amanah itu diperiksa atau diaudit oleh seseorang akauntan bebas, dan hendaklah, bagi maksud itu, mengemukakan apa-apa baucar dan memberi apa-apa maklumat kepada akauntan itu sebagaimana dikehendakinya, dan kos pemeriksaan dan pengauditan itu, termasuk fi juruaudit itu, hendaklah dibayar dengan modal atau pendapatan daripada harta amanah itu, atau sebahagiannya daripada modal dan sebahagiannya daripada pendapatan tersebut sebagaimana difikirkan patut oleh pemegang amanah itu mengikut budi bicara mutlaknya, tetapi jika tidak ada apa-apa arahan yang bertentangan oleh pemegang amanah itu dalam sesuatu hal yang khas, kos yang boleh dikaitkan dengan modal hendaklah ditanggung oleh modal dan kos yang boleh dikaitkan dengan pendapatan hendaklah ditanggung oleh pendapatan.
Pemegang Amanah 35