Skip to content

Seksyen 24

Kuasa mengambil insurans

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 24 of 69
Seksyen 24
(1)

Seseorang pemegang amanah boleh menginsuranskan apa-apa bangunan atau harta lain yang boleh diinsuranskan daripada kerugian atau kerosakan disebabkan oleh kebakaran hingga apa-apa amaun, termasuk amaun apa-apa insurans yang telah sedia ada, setakat nilai penuh bangunan atau harta itu, dan membayar premium insurans itu dengan pendapatan daripada bangunan atau harta itu atau dengan pendapatan mana-mana harta lain yang tertakluk kepada amanah yang sama tanpa memerlukan persetujuan mana-mana orang yang berhak sepenuhnya atau sebahagiannya kepada pendapatan itu.

(2)

Seksyen ini tidak terpakai bagi mana-mana bangunan atau harta yang seseorang pemegang amanah terikat untuk memindah hak secara mutlak dengan serta-merta kepada mana-mana benefisiari apabila diminta berbuat demikian.

Penggunaan wang insurans jika polisi disenggara di bawah apa-apa amanah, kuasa atau kewajipan