Seksyen 38
Amanah Perlindungan
Jika apa-apa pendapatan, termasuk anuiti atau bayaran pendapatan berkala lain, diarah supaya dipegang sebagai amanah perlindungan untuk faedah mana-mana orang (dalam seksyen ini dipanggil “benefisiari utama”) selama tempoh hayatnya atau untuk tempoh yang lebih singkat, maka sepanjang tempoh itu (dalam seksyen ini dipanggil “tempoh amanah”) pendapatan tersebut hendaklah, tanpa menjejaskan mana-mana kepentingan yang terdahulu, dipegang atas amanah-amanah yang berikut:
(a)
atas amanah untuk benefisiari utama sepanjang tempoh amanah itu atau hingga dia, sama ada sebelum atau selepas tamatnya mana-mana kepentingan yang terdahulu, melakukan atau cuba melakukan atau membiar dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara, atau hingga berlakunya sesuatu kejadian selain pendahuluan yang dibuat di bawah kuasa berkanun atau kuasa nyata yang menurutnya jika pendapatan tersebut kena dibayar dalam tempoh amanah itu kepada benefisiari utama secara mutlak dalam tempoh itu, dia akan dilucutkan daripada haknya untuk menerima pendapatan itu atau mana-mana bahagiannya, dalam mana-mana satu hal sedemikian, dan juga apabila tamatnya tempoh amanah itu, mengikut mana yang terlebih dahulu berlaku, amanah mengenai pendapatan tersebut adalah terkecewa atau tamat;
(b)
jika amanah yang tersebut dahulu terkecewa atau tamat dalam masa tempoh amanah itu masih wujud, maka, dalam masa baki tempoh itu, pendapatan itu hendaklah dipegang atas amanah untuk digunakan bagi nafkah atau menanggung, atau selainnya bagi faedah, kesemua atau
Pemegang Amanah 49
mana-mana satu atau beberapa orang berikut dan tidak bagi mana-mana orang lain:
(i)
benefisiari utama dan isterinya atau suaminya, jika ada, serta anak-anaknya atau zuriat yang lebih jauh, jika ada; atau
(ii)
jika tidak ada isteri atau suami atau baka benefisiari utama itu yang masih hidup, benefisiari utama dan orang-orang yang sepatutnya, jika dia telah sebenarnya mati, berhak mendapat harta amanah itu atau pendapatan daripadanya atau wang anuiti itu, jika ada, atau tunggakan anuiti itu, mengikut mana yang berkenaan, sebagaimana pemegang-pemegang amanah itu mengikut budi bicara mutlaknya, tanpa bertanggungan untuk menerangkan penggunaan budi bicara itu, fikirkan patut.
(2)
Seksyen in itidak terpakai bagi amanah-amanah yang mula berkuat kuasa sebelum tarikh material, dan berkuat kuasa tertakluk kepada apa-apa perubahan pada amanah tersirat tersebut dahulu yang terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu.
(3)
Tiada apa-apa jua dalam seksyen ini berkuat kuasa sebagai mengesahkan apa-apa amanah yang, jika terkandung dalam surat cara yang mewujudkan amanah itu, boleh diketepikan.