Seksyen 22
Perlindungan bagi pembeli dan pemegang gadaian yang berurusan dengan pemegang amanah
ActIn forceProvision 22 of 69
Seksyen 22
Tiada seorang pun pembeli atau pemegang gadaian, yang membayar atau mendahulukan wang atas jualan atau gadaian yang berupa sebagai dibuat di bawah apa-apa amanah atau kuasa yang terletak hak pada pemegang amanah, mempunyai urusan untuk memastikan bahawa wang itu dikehendaki, atau bahawa tidak didapatkan wang yang lebih daripada yang dikehendaki, atau selainnya mengenai penggunaannya.