Seksyen 25
Seksyen 25
Wang yang boleh diterima oleh pemegang amanah atau mana-mana benefisiari di bawah suatu polisi insurans terhadap kerugian atau kerosakan apa-apa harta yang tertakluk kepada amanah, sama ada disebabkan oleh kebakaran atau selainnya, hendaklah, jika polisi
Pemegang Amanah 31
insurans itu disenggara di bawah apa-apa amanah bagi maksud itu atau di bawah apa-apa kuasa, berkanun atau selainnya, atau dalam melaksanakan apa-apa waad atau apa-apa kewajipan, berkanun atau selainnya, atau oleh seorang penyewa seumur hidup yang boleh dicabar kerana pensia-siaan, menjadi wang modal bagi maksud amanah itu.
(2)
Jika apa-apa wang sedemikian boleh diterima oleh mana-mana orang, selain pemegang amanah bagi amanah itu, orang itu hendaklah menggunakan sebaik-baik ikhtiarnya untuk mendapatkan dan menerima wang itu, dan hendaklah membayar baki bersihnya, setelah dijelaskan apa-apa kos bagi mendapatkan dan menerimanya, kepada pemegang amanah bagi amanah itu, atau jika tidak ada pemegang amanah yang boleh menjelaskan kos itu, ke dalam Mahkamah.
(3)
Mana-mana wang itu—
(a)
jika ia diterima berkenaan dengan harta yang dipegang atas amanah untuk menjual, hendaklah dipegang atas amanah itu dan tertakluk kepada kuasa dan peruntukan yang boleh dipakai bagi wang yang diperoleh dengan cara jualan di bawah amanah itu; dan
(b)
dalam mana-mana hal lain, hendaklah dipegang atas amanah yang mempunyai persamaan paling hampir yang boleh dengan amanah yang melibatkan harta yang mengenainya wang itu kena dibayar.
(4)
Wang itu, atau mana-mana bahagiannya, boleh juga digunakan oleh pemegang amanah, atau, jika ada pada Mahkamah, mengikut arahan Mahkamah itu, untuk membina semula, memulihkan, mengganti, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, tetapi apa-apa penggunaan sedemikian oleh pemegang amanah hendaklah tertakluk kepada persetujuan mana-mana orang yang persetujuannya dikehendaki oleh surat cara, jika ada, yang mewujudkan amanah itu bagi pelaburan wang yang tertakluk kepada amanah itu.
32 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(5)
Tiada apa-apa jua yang terkandung dalam seksyen ini memudaratkan atau menjejaskan hak mana-mana orang menghendaki supaya mana-mana wang sedemikian atau mana-mana bahagiannya digunakan bagi membina semula, memulihkan, atau memperbaiki harta yang telah hilang atau rosak itu, atau hak mana-mana pemegang gadaian, pemberi pajak, atau penerima pajak, sama ada di bawah mana-mana undang-undang bertulis atau selainnya.
(6)
Seksyen ini terpakai bagi polisi yang berkuat kuasa sama ada sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, tetapi hanya mengenai wang yang diterima selepas berkuatkuasanya Akta itu.