Skip to content

Seksyen 35

Indemniti termaklum bagi pemegang amanah

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 35 of 69
Seksyen 35
(1)

Seorang pemegang amanah hanya boleh dipertanggungkan mengenai wang dan sekuriti yang sebenarnya diterima olehnya walaupun dia menandatangani sesuatu resit bagi maksud mengesahkan penerimaan, dan hendaklah hanya bertanggungan menjawab dan bertanggungan menerangkan mengenai perbuatan, penerimaan, keabaian atau keingkarannya sendiri, dan tidak mengenai perbuatan, penerimaan, keabaian atau keingkaran mana-mana pemegang amanah lain, atau mana-mana jurubank, broker, atau orang lain yang padanya apa-apa wang amanah atau sekuriti didepositkan, juga tidak mengenai ketidakcukupan atau kekurangan mana-mana sekuriti, juga tidak mengenai apa-apa kerugian lain, melainkan jika yang demikian itu berlaku melalui keingkarannya yang sengaja.

(2)

Seseorang pemegang amanah boleh mengganti bayar dirinya sendiri atau membayar atau menjelaskan daripada premis amanah itu

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

segala perbelanjaan yang dilakukan pada atau mengenai pelaksanaan amanah atau kuasa itu.

Nafkah, Pendahuluan dan Amanah Perlindungan

Kuasa menggunakan pendapatan untuk nafkah dan mengumpulkan pendapatan lebihan dalam masa belum dewasa