Skip to content

Seksyen 34

Pelepasan pemegang amanah berkenaan dengan surat kuasa wakil tertentu

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 34 of 69
Seksyen 34

Seseorang pemegang amanah yang bertindak atau membayar wang dengan suci hati di bawah atau menurut mana-mana surat kuasa wakil tidaklah bertanggungan terhadap apa-apa perbuatan atau bayaran sedemikian oleh sebab pada masa perbuatan atau bayaran itu orang yang memberi surat kuasa wakil itu telah menjadi hilang upaya

Pemegang Amanah 43

atau bankrap atau telah mati, atau telah melakukan atau membiar dilakukan apa-apa perbuatan atau perkara untuk mengelakkan kuasa itu, jika fakta ini tidak diketahui oleh pemegang amanah itu semasa dia bertindak atau membuat bayaran sedemikian:

Dengan syarat bahawa—

(a)

wang yang telah dibayar dan digunakan demikian bagi pemajuan atau faedah mana-mana orang tidak boleh, tertakluk kepada apa-apa tujuan yang bertentangan dalam surat cara amanah, melebihi jumlah wang sepuluh ribu ringgit atau dalam agregat suatu amaun yang senilai dengan satu per dua daripada anggaran atau syer terletak hak atau kepentingan orang itu dalam harta amanah itu, mengikut mana-mana yang lebih besar ; dan

(b)

orang yang berhak sedemikian hendaklah mempunyai remedi yang sama terhadap orang yang kepadanya bayaran itu dibuat sebagaimana dia sepatutnya mempunyai remedi terhadap pemegang amanah itu.