Seksyen 31
Perlindungan daripada liabiliti berkenaan dengan sewa dan waad
(1)
Jika seseorang wakil diri atau pemegang amanah bertanggungan atas sifatnya sedemikian bagi—
(a)
apa-apa sewa, waad atau perjanjian yang terjamin oleh atau terkandung dalam sesuatu pajakan;
(b)
apa-apa sewa, waad atau perjanjian yang kena dibayar di bawah atau terkandung dalam sesuatu pemberian yang dibuat sebagai balasan tanggungan sewa; dan
(c)
apa-apa indemniti yang diberi mengenai sesuatu sewa, waad atau perjanjian yang tersebut dalam salah satu daripada perenggan yang tersebut di atas,
40 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
menjelaskan kesemua liabiliti di bawah pajakan atau pemberian itu yang telah terakru, dan telah dituntut, hingga ke tarikh pemindahakkan yang disebut kemudian daripada ini, dan jika perlu, mengasingkan wang yang cukup untuk memenuhkan apa-apa tuntutan masa depan yang mungkin dibuat berkenaan apa-apa jumlah wang yang ditetap dan ditentukan yang pemegang pajak atau penerima pemberian itu telah bersetuju hendak membelanjakan ke atas harta yang dipajak atau diberi itu walaupun masih belum sampai masanya untuk wang itu dibelanjakan, maka dan dalam mana-mana hal sedemikian wakil diri atau pemegang amanah itu boleh memindahhakkan harta yang dipajak atau diberikan itu, kepada-seorang pembeli, penerima legasi, penerima devais atau orang-lain yang berhak meminta pemindahhakkannya dan sesudah itu—
(A)
dia boleh membahagikan baki estet pewasiat yang telah mati atau si mati tak berwasiat itu, atau, mengikut mana yang berkenaan, harta amanah itu (selain wang, jika ada, yang diasingkan sebagaimana tersebut dahulu) pada atau di kalangan orang yang berhak mendapatkanya, tanpa mengumpukkan mana-mana bahagian, atau mana-mana bahagian tambahan, mengikut mana yang berkenaan, daripada estet si mati atau harta amanah itu untuk menunaikan apa-apa liabiliti masa depan di bawah pajakan atau pemberian itu; dan
(B)
walau apa pun mana-mana pembahagian sedemikian, dia tidaklah bertanggungan sendiri terhadap apa-apa tuntutan berikutannya di bawah pajakan atau pemberian tersebut.
(2)
Seksyen ini berkuat kuasa tanpa menjejaskan hak pemberi pajak atau pemberi itu, atau orang yang memperoleh hakmilik di bawah pemberi pajak atau pemberi itu, untuk mengikut aset si mati atau harta amanah itu ke dalam tangan orang-orang yang di kalangan mereka masing-masing aset itu telah dibahagikan, dan seksyen ini terpakai walau apa pun yang berlawanan dalam wasiat atau surat cara lain, jika ada, yang mewujudkan amanah itu.
(3)
Dalam seksyen ini—
Pemegang Amanah 41
“pajakan” meliputi pajakan kecil dan perjanjian untuk sesuatu pajakan atau pajakan kecil dan sesuatu surat cara yang memberi apa-apa indemniti sebagaimana tersebut dahulu atau yang mengubah liabiliti di bawah pajakan itu:
“pemberian” terpakai bagi sesuatu pemberian sama ada sewanya diwujudkan melalui batasan, pemberian, perizapan, atau selainnya, dan meliputi perjanjian untuk sesuatu pemberian atau sesuatu surat cara yang memberi apa-apa indemniti sebagaimaan tersebut dahulu atau yang mengubah liabiliti di bawah pemberian itu;
“penerima pajak” dan “penerima pemberian” meliputi orang yang masing-masing memperoleh hakmilik di bawahnya.