Skip to content

Seksyen 36

of Akta Pemegang Amanah 1949

ActIn forceProvision 36 of 69

Seksyen 36

(1)

Jika apa-apa harta dipegang oleh pemegang-pemegang amanah sebagai amanah untuk mana-mana orang bagi apa-apa jua kepentingan, sama ada terletak hak atau kontingen, maka, tertakluk kepada apa-apa kepentingan atau gadaian terdahulu yang melibatkan harta itu—

(a)

dalam masa seseorang sedemikian masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegang-pemegang amanah itu boleh, menurut budi bicara mereka semata-mata, membayar kepada ibu bapa atau penjaganya, jika ada, atau selainnya menggunakan bagi atau untuk nafkah, pelajaran atau faedahnya, kesemua atau apa-apa bahagian, jika ada, pendapatan daripada harta itu sebagaimana berpatutan dalam semua hal keadaan, sama ada atau tidak terdapat—

(i)

apa-apa wang lain yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; atau

(ii)

mana-mana orang yang terikat di sisi undang-undang untuk mengadakan wang bagi nafkah atau pelajarannya; dan

(b)

jika apabila mencapai umur dua puluh satu tahun orang itu masih tidak mempunyai sesuatu kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, pemegang-pemegang amanah tersebut hendaklah, mulai dari masa itu, membayar pendapatan daripada harta itu dan apa-apa tambahan nilai kepadanya di bawah subseksyen (2) kepada orang itu, sehingga sama ada dia memperoleh sesuatu kepentingan

Pemegang Amanah 45

terletak hak pada harta itu atau mati atau hingga dia tidak ada kepentingan lagi:

Dengan syarat bahawa, dalam menentukan sama ada kesemua atau mana-mana bahagian pendapatan daripada harta itu akan dibayar atau digunakan dalam masa belum dewasa bagi maksud tersebut dahulu, pemegang-pemegang amanah hendaklah memberi perhatian terhadap umur orang belum dewasa itu serta keperluannya dan pada amnya terhadap hal keadaan kes itu, dan khususnya terhadap apa-apa pendapatan lain, jika ada, yang boleh digunakan bagi maksud yang sama; dan jika pemegang-pemegang amanah mengetahui bahawa pendapatan lebih daripada satu kumpulan wang boleh digunakan bagi maksud itu, maka, setakat yang praktik, melainkan jika keseluruhan pendapatan kumpulan wang itu dibayar atau digunakan sebagaimana tersebut dahulu atau diarahkan selainnya oleh Mahkamah, hanya bahagian yang sekadar daripada tiap-tiap kumpulan wang itu boleh dibayar atau digunakan sedemikian.

(2)

Dalam masa seseorang itu masih belum dewasa, jika kepentingannya masih berterusan, pemegang-pemegang amanah hendaklah mengumpulkan segala baki pendapatan itu yang berupa bunga kompaun dengan melaburkannya dan pendapatan berbangkit berikutnya dari semasa ke semasa di dalam pelaburan yang dibenarkan, dan hendaklah memegang pengumpulan tersebut seperti yang berikut:

(a)

jika mana-mana orang sedemikian—

(i)

mencapai umur dua puluh satu tahun, atau berkahwin di bawah umur itu, dan kepentingannya pada pendapatan itu dalam masa dia belum dewasa atau hingga perkahwinannya adalah suatu kepentingan terletak hak; atau

(ii)

apabila mencapai umur dua puluh satu tahun atau apabila berkahwin di bawah umur tersebut, berhak mendapat harta yang daripadanya pendapatan itu diperoleh;

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 208

pemegang-pemegang amanah itu hendaklah memegang pengumpulan itu secara amanah bagi orang itu dengan mutlaknya, dan supaya penerimaan oleh orang itu selepas perkahwinan, dan walaupun masih belum dewasa, akan menjadi pelepasan yang sah; dan

(b)

dalam mana-mana hal lain pemegang-pemegang amanah itu hendaklah, walaupun orang itu mempunyai kepentingan terletak hak pada pendapatan itu, memegang pengumpulan itu sebagai tambahan nilai kepada modal harta yang daripadanya pengumpulan itu diperoleh, dan dipegang sebagai satu kumpulan wang bersesama modal itu bagi semua maksud, tetapi pemegang-pemegang amanah boleh, pada bila-bila masa dalam tempoh orang itu masih belum dewasa dan jika kepentingannya masih berterusan, menggunakan pengumpulan itu, atau mana-mana bahagiannya, seolah-olah pengumpulan itu adalah pendapatan yang diperoleh dalam tahun semasa.

(3)

Seksyen ini terpakai bagi sesuatu kepentingan kontingen hanya jika had masa atau amanah itu menghasilkan pendapatan perantaraan pada harta itu, tetapi ianya terpakai bagi sesuatu legasi masa depan atau kontingen oleh ibu bapa, atau orang yang mempunyai kedudukan loco parentis kepada, penerima legasi itu, jika dan selama sesuatu tempoh yang, di bawah undang-undang am, legasi itu menghasilkan bunga bagi nafkah penerima legasi itu, dan dalam mana-mana hal yang kemudian tersebut itu kadar bunga itu adalah (jika pendapatan yang ada mencukupi, dan tertakluk kepada apa-apa kaedah mahkamah yang berlawanan) lima ringgit bagi tiap-tiap seratus ringgit dalam setahun.

(4)

Seksyen ini terpakai bagi sesuatu anuiti itu adalah pendapatan daripada harta yang dipegang oleh pemegang-pemegang amanah secara amanah untuk membayar pendapatan daripadanya kepada pemegang anuiti itu selama tempoh yang sama dengan tempoh anuiti itu kena dibayar, kecuali dalam mana-mana hal pengumpulan yang dibuat dalam masa pemegang anuiti itu belum dewasa hendaklah dipegang secara amanah bagi pemegang anuiti itu atau wakil dirinya secara mutlak.

Pemegang Amanah 47