Seksyen 23
Penurunan kuasa atau amanah
Jika sesuatu kuasa atau amanah diberi kepada atau dikenakan pada dua orang pemegang amanah atau lebih secara bersesama, kuasa atau amanah itu boleh dijalankan atau dilaksanakan oleh pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah yang masih hidup pada masa itu.
30 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
(2)
Sehingga pemegang-pemegang amanah baru dilantik, wakil diri atau wakil pada masa itu bagi pemegang amanah tunggal, atau, jika ada dua orang pemegang amanah atau lebih, bagi pemegang amanah yang terakhir masih hidup atau pemegang amanah berterusan, boleh menjalankan atau melaksanakan apa-apa kuasa atau amanah yang telah diberi kepada, atau boleh dijalankan oleh, pemegang amanah tunggal atau yang terakhir masih hidup atau berterusan itu, atau pemegang-pemegang amanah atau pemegang amanah lain pada masa itu bagi amanah itu.
(3)
Dalam seksyen ini “wakil diri” tidak termasuklah wasi yang telah menolak atau yang tidak membuktikan wasiat pewasiatnya.