Seksyen 28
Kuasa mengguna khidmat ejen
Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh, sebagai ganti daripada bertindak sendiri, mengambil khidmat dan membayar seseorang ejen, sama ada peguam cara, jurubank, broker stok, atau orang lain, bagi menguruskan apa-apa perniagaan atau melakukan apa-apa perbuatan yang perlu diuruskan atau dilakukan pada melaksanakan amanah, atau mentadbirkan estet pewasiat atau si mati tak berwasiat, termasuk penerimaan dan pembayaran wang, dan adalah berhak mendapatkan dan dibayar kesemua caj dan perbelanjaan yang ditanggung demikian, dan tidaklah bertanggungjawab terhadap keingkaran mana-mana ejen sedemikian jika dia diambil khidmat dengan suci hati.
(2)
Pemegang-pemegang amanah atau wakil diri boleh melantik mana-mana orang untuk bertindak sebagai ejen atau wakil mereka bagi maksud menjual, menukar, memungut, mendapat, dan menyempurna dan menyelesaikan asurans, atau mengurus atau mengusahakan, atau selainnya mengendalikan apa-apa harta, alih atau tak alih, yang tertakluk kepada amanah itu atau yang menjadi sebahagian daripada estet pewasiat atau si mati tak berwasiat itu, di mana-mana tempat di luar Malaysia atau melaksana atau kuasa yang terletak hak pada mereka berhubungan dengan mana-mana harta sedemikian, dan mempunyai apa-apa kuasa sampingan, dan dengan serta tertakluk kepada apa-apa peruntukan dan sekatan sebagaimana mereka fikirkan patut, termasuk tanggungjawab terhadap apa-apa kerugian yang timbul daripadanya hanya oleh sebab mereka telah membuat perlantikan sedemikian.
(3)
(a)
Tanpa menyentuh apa-apa kuasa am mengenai perlantikan ejen sebagaimana tersebut dahulu-
(i)
seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang atau balasan bernilai atau harta yang boleh diterima oleh pemegang amanah di bawah amanah itu, dengan membenarkan peguam cara itu menyimpan, dan mengemukakan, surat cara yang ada terkandung di
36 Undang-Undang Malaysia AKTA 208
dalamnya atau diendors di atasnya penerimaan mengenai wang atau balasan berharga atau harta itu, surat cara yang disempurnakan, atau resit yang diendors itu ditandatangani, oleh orang yang berhak memberi resit bagi balasan itu;
(ii)
seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya oleh sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian; dan pengemukaan mana-mana surat cara sedemikian oleh peguam cara itu hendaklah mempunyai keesahan dan efek statutori yang sama seolah-olah orang yang melantik peguam cara itu tidak pernah menjadi pemegang amanah, dan
(iii)
seseorang pemegang amanah boleh melantik seorang jurubank atau peguam cara menjadi ejennya untuk menerima dan memberi pelepasan bagi apa-apa wang yang kena dibayar kepada pemegang amanah itu di bawah atau menurut sesuatu polisi insurans, dengan membenarkan jurubank atau peguam cara itu menyimpan dan mengemukakan polisi insurans itu berserta resit yang ditandatangani oleh pemegang amanah itu, dan seseorang pemegang amanah tidak boleh dipertuduh kerana pecah amanah hanya sebab dia telah membuat atau bersetuju membuat sesuatu pelantikan sedemikian:
Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam subseksyen ini boleh mengecualikan seseorang pemegang amanah daripada apa-apa liabiliti yang akan ditanggung olehnya jika Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang diganti oleh Akta ini tidak diluluskan, sekiranya dia membenarkan mana-mana wang, balasan bernilai, atau harta itu berada di tangan atau di bawah kawalan jurubank atau peguam cara itu untuk tempoh yang lebih lama daripada tempoh yang semunasabahnya perlu bagi membolehkan jurubank atau peguam cara itu, mengikut mana yang berkenaan, membayar atau memindahkan wang, balasan bernilai atau harta itu kepada pemegang amanah itu.
Pemegang Amanah 37
(b)
Subseksyen ini terpakai sama ada wang atau balasan bernilai atau harta itu telah diterima atau diterima sebelum atau selepas mula berkuatkuasanya Akta ini.