Seksyen 26
Pendepositan dokumen untuk simpanan selamat
ActIn forceProvision 26 of 69
Seksyen 26
Pemegang-pemegang amanah boleh mendepositkan apa-apa dokumen yang dipegang oleh mereka, berhubungan dengan amanah, atau harta amanah itu, pada mana-mana jurubank atau syarikat bank atau mana-mana syarikat lain yang urusannya meliputi aku janji memberi simpanan selamat pada dokumen, dan apa-apa wang yang kena dibayar berkenaan dengan pendepositan itu hendaklah dibayar dengan pendapatan daripada harta amanah itu.