Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 · Updated to 5 Feb 2024 · Bahagian VI · Terbitan Sekuriti dan Pengambilalihan dan Percantuman
235. Kandungan prospektus
Feedback & supportTanpa menjejaskan seksyen 236, suatu prospektus—
hendaklah ditarikhkan dan tarikh itu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, dikira sebagai tarikh penerbitan prospektus itu;
hendaklah menyatakan bahawa—
prospektus itu telah didaftarkan oleh
Suruhanjaya;
berkenaan dengan sekuriti selain skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, suatu salinan prospektus itu telah diserah simpan dengan Pendaftar dan berkenaan dengan skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan, suatu salinan prospektus itu telah diserah simpan dengan Suruhanjaya; dan
pendaftaran prospektus itu tidak boleh dikira sebagai menandakan bahawa Suruhanjaya mengesyorkan sekuriti itu atau menerima tanggungjawab bagi ketepatan mana-mana pernyataan yang dibuat atau pendapat atau laporan yang dinyatakan dalam prospektus itu;
hendaklah mengandungi suatu pernyataan bahawa tiada sekuriti diuntukkan atau diterbitkan berdasarkan kepada prospektus itu selepas tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya dari tarikh penerbitan prospektus itu;
hendaklah, sekiranya prospektus itu mengandungi apa-apa pernyataan yang dibuat oleh seorang pakar atau mengandungi apa yang berupa sebagai suatu salinan atau cabutan daripada suatu laporan, memorandum atau penilaian seorang pakar, menyatakan tarikh yang pernyataan, laporan,
368 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
memorandum atau penilaian itu dibuat dan sama ada atau tidak pernyataan, laporan, memorandum atau penilaian itu disediakan oleh pakar itu untuk dimasukkan ke dalam prospektus itu;
tidak boleh mengandungi nama mana-mana orang yang dinamakan dalam prospektus itu sebagai membuat suatu pernyataan—
yang dimasukkan ke dalam prospektus itu; atau
yang suatu pernyataan dibuat dalam prospektus itu diasaskan, melainkan jika kehendak seksyen 244(1) dipenuhi; dan
hendaklah menyatakan apa-apa maklumat, perkara atau laporan sebagaimana yang ditentukan oleh
Suruhanjaya.
Suatu syarat yang menghendaki atau mengikat seseorang pemohon sekuriti supaya mengetepikan pematuhan mana-mana kehendak seksyen ini atau seksyen 236, atau yang berupa sebagai memberikannya notis tentang apa-apa kontrak, dokumen atau perkara yang tidak disebut secara khusus dalam prospektus itu, hendaklah terbatal.
Walau apa pun peruntukan Penggal ini, Suruhanjaya boleh, sama ada atas permohonan bertulis mana-mana orang yang disebut dalam seksyen 232 atau atas kehendaknya sendiri, membuat suatu perintah yang melepaskan orang itu daripada atau meluluskan apa-apa perubahan kepada kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan suatu prospektus.
Dalam membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3),
Suruhanjaya boleh mengenakan apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.
Pasaran Modal dan Perkhidmatan 369
Suruhanjaya tidak boleh membuat suatu perintah di bawah subseksyen (3) melainkan jika Suruhanjaya berpuas hati bahawa—
pematuhan kehendak Akta ini adalah tidak perlu bagi melindungi orang yang lazimnya dijangkakan berniaga dalam sekuriti itu, yang merupakan orang yang semunasabahnya dijangkakan memahami risiko yang terlibat; atau
pematuhan kehendak Akta ini akan mengenakan beban yang tidak munasabah ke atas penerbit.
Sesuatu prospektus hendaklah disifatkan sebagai mematuhi semua kehendak Akta ini yang berhubungan dengan bentuk dan kandungan suatu prospektus jika prospektus itu diterbitkan dengan mematuhi suatu perintah yang dibuat di bawah subseksyen (3).
Jika sesuatu prospektus yang berhubungan dengan mana-mana sekuriti diterbitkan dan prospektus itu tidak mematuhi kehendak seksyen ini, penerbit dan setiap pengarah seorang penerbit pada masa penerbitan prospektus itu melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.
Mana-mana orang yang melanggar mana-mana terma atau syarat yang dikenakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (4)
melakukan suatu kesalahan.