Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

260. Orang yang boleh menjadi pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang amanah hendaklah merupakan—

(a)

suatu syarikat yang didaftarkan sebagai suatu syarikat amanah di bawah Akta Syarikat Amanah 1949 [Akta 100];

atau

(b)

suatu perbadanan yang merupakan suatu syarikat awam di bawah *Akta Syarikat 1965 atau di bawah undang-undang mana-mana negara lain, yang dibenarkan oleh Suruhanjaya untuk menjadi pemegang amanah bagi maksud Akta ini.

(2)

Seseorang tidak layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah bagi pemegang debentur tanpa kelulusan Suruhanjaya jika orang itu—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 445

(a)

seorang pemegang syer yang memegang syer peminjam secara benefisial;

(b)

berhak secara benefisial kepada wang yang terhutang oleh peminjam kepadanya;

(c)

telah membuat suatu jaminan berkenaan dengan amaun yang dijamin atau yang kena dibayar di bawah debentur itu;

atau

(d)

suatu perbadanan yang berhubungan dengan—

(i)

orang yang disebut dalam perenggan (a) hingga (c);

atau

(ii)

peminjam itu.

(3)

Suatu permohonan untuk kelulusan yang dibuat di bawah subseksyen (1) atau (2) hendaklah dibuat kepada Suruhanjaya mengikut apa-apa tatacara atau kehendak lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Walau apa pun peruntukan subseksyen (2), seseorang tidak terhalang daripada dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah hanya disebabkan oleh—

(a)

peminjam itu berhutang dengan pemegang amanah atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu apa-apa wang, selagi wang itu ialah—

(i)

wang yang tidak, pada masa pelantikan atau pada bila-bila masa dalam tempoh tiga bulan selepas debentur itu mula-mula ditawarkan bagi langganan atau pembelian atau yang mengenainya suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli dibuat, melebihi satu per sepuluh daripada amaun debentur yang dicadangkan untuk diterbitkan dalam tempoh itu dan tidak, pada bila-bila masa selepas habis tempoh itu, melebihi satu per sepuluh daripada amaun yang terhutang oleh peminjam kepada pemegang debentur itu; atau 446 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(ii)

wang yang kepadanya pemegang amanah itu atau mana-mana perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu berhak sebagai pemegang amanah bagi pemegang mana-mana debentur peminjam itu, mengikut terma, peruntukan atau waad debentur atau surat ikatan amanah itu; atau

(b)

pemegang amanah atau perbadanan yang berhubungan dengan pemegang amanah itu, walaupun menjadi pemilik benefisial syer peminjam, tidak mempunyai hak untuk melaksanakan lebih daripada satu per dua puluh daripada kuasa mengundi pada mana-mana mesyuarat agung peminjam itu.

(5)

Jika suatu permohonan telah dibuat kepada Suruhanjaya di bawah subseksyen (3), Suruhanjaya boleh meluluskan permohonan itu tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkannya patut.

(6)

Dalam menggunakan budi bicaranya di bawah subseksyen (5),

Suruhanjaya hendaklah mengambil kira—

(a)

kepentingan pemegang mana-mana debentur; dan

(b)

keupayaan pemegang amanah untuk melindungi kepentingan pemegang debentur itu sebagaimana yang dikehendaki oleh peruntukan dan waad surat ikatan amanah itu dan peruntukan Akta ini.

(7)

Suruhanjaya boleh membatalkan kelulusannya di bawah subseksyen (5) jika pemegang amanah itu tidak mematuhi mana-mana terma atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5) atau melanggar mana-mana peruntukan Akta ini.

(8)

Seseorang pemegang amanah yang—

(a)

melanggar subseksyen (1) atau (2); atau

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 447

(b)

melanggar suatu terma atau syarat yang dikenakan oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen (5), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules