Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

263. Kewajipan peminjam

Feedback & support
(1)

Seseorang peminjam hendaklah—

*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777]

berkuat kuasa mulai 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 449

(a)

berusaha bersunguh-sungguh untuk menjalankan dan mengendalikan perniagaannya mengikut cara yang betul dan cekap;

(b)

menyediakan suatu salinan surat ikatan amanah kepada—

(i)

seorang pemegang debentur;

(ii)

seorang pemegang amanah; atau

(iii)

mana-mana orang lain sebagaimana yang dibenarkan oleh Suruhanjaya, jika mereka meminta suatu salinan dan apabila dibayar apa-apa jumlah yang munasabah sebagaimana yang dikenakan oleh peminjam;

(c)

menyediakan semua rekod kewangan dan rekodnya yang lain bagi pemeriksaan oleh—

(i)

pemegang amanah itu;

(ii)

seorang pegawai atau pekerja pemegang amanah yang diberi kuasa oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu; atau

(iii)

seorang juruaudit syarikat yang diluluskan yang dilantik oleh pemegang amanah untuk menjalankan pemeriksaan itu, dan memberi orang yang menjalankan pemeriksaan itu apa-apa maklumat, penerangan atau bantuan lain yang diperlukan oleh orang itu; dan

(d)

mematuhi apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh

Suruhanjaya di bawah subseksyen 280(1).

(2)

Seseorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(a) tidak melakukan suatu kesalahan.

450 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(3)

Seseorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(b) atau (c)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.

(4)

Seorang peminjam yang melanggar perenggan (1)(d)

melakukan suatu kesalahan.

(5)

Jika seseorang peminjam melanggar perenggan (1)(b) atau (c),

Suruhanjaya boleh mengarahkan peminjam itu supaya mematuhi peruntukan perenggan itu.

(6)

Seseorang peminjam yang melanggar arahan Suruhanjaya yang dikeluarkan menurut subseksyen (5) melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules