258. Kehendak bagi surat ikatan amanah dan pemegang amanah
Feedback & supportTiap-tiap orang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana debentur hendaklah—
membuat suatu surat ikatan amanah yang memenuhi kehendak seksyen 259;
melantik seorang pemegang amanah yang merupakan seorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah mengikut seksyen 260; dan
mematuhi kehendak dan peruntukan Penggal ini.
Seseorang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana debentur tidak boleh menguntukkan debentur itu melainkan jika orang itu telah membuat suatu surat ikatan amanah yang memenuhi kehendak seksyen 259 dan telah melantik seorang pemegang amanah yang merupakan seorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260.
Seseorang yang menerbitkan, menawarkan bagi langganan atau pembelian, atau membuat suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli, mana-mana debentur tidak boleh membatalkan surat ikatan amanah itu melainkan jika orang itu telah membayar balik semua amaun yang kena dibayar di bawah debentur itu mengikut terma, peruntukan dan waad debentur dan surat ikatan amanah itu.
Seseorang yang melanggar subseksyen (1), (2) atau (3)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda
444 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi sepuluh tahun atau kedua-duanya.