Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

262. Penggantian pemegang amanah

Feedback & support
(1)

Jika tiada peruntukan dibuat dalam debentur atau surat ikatan amanah bagi pelantikan pengganti kepada seseorang pemegang amanah yang bersara, peminjam hendaklah, dalam masa satu bulan selepas menyedari niat pemegang amanah itu untuk bersara, melantik sebagai pengganti kepada pemegang amanah yang bersara itu seorang pemegang amanah yang merupakan seorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260.

(2)

Mahkamah boleh, atas permohonan peminjam, seseorang pemegang debentur atau Suruhanjaya—

(a)

melantik, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260 jika—

(i)

pemegang amanah tidak dilantik secara sah; atau

(ii)

pemegang amanah itu tidak lagi wujud; atau 448 Undang-Undang Malaysia AKTA 671

(b)

menamatkan pelantikan seseorang pemegang amanah sedia ada dan melantik di tempatnya, sebagai pemegang amanah, seseorang yang layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260 jika—

(i)

pemegang amanah sedia ada tidak layak dilantik atau bertindak sebagai pemegang amanah di bawah seksyen 260;

(ii)

pemegang amanah sedia ada gagal atau enggan bertindak mengikut peruntukan atau waad surat ikatan amanah itu atau peruntukan Akta ini;

(iii)

seorang penerima dilantik ke atas keseluruhan atau sebahagian yang substansial daripada aset atau pengusahaan pemegang amanah sedia ada itu dan belum terhenti bertindak di bawah pelantikan itu, atau suatu petisyen dikemukakan bagi penggulungan pemegang amanah sedia ada (selain bagi maksud dan diikuti oleh suatu penyusunan semula, melainkan jika semasa atau berikutan penyusunan semula itu pemegang amanah sedia ada menjadi atau diisytiharkan sebagai tidak solven); atau

(iv)

pemegang amanah itu sedang disiasat bagi perlakuan yang melanggar Akta Syarikat Amanah 1949, Akta

Pemegang Amanah 1949, *Akta Syarikat 1965 atau undang-undang sekuriti.

(3)

Seseorang peminjam yang melanggar subseksyen (1)

melakukan suatu kesalahan.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules