Skip to content
In forceUpdated to 5 Feb 2024
Contents

313. Hak pemegang amanah, wasi, pentadbir berhubung dengan pemegang unit yang mati

Feedback & support
(1)

Seseorang pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka mana-mana orang mati yang didaftarkan atau yang berhak secara benefisial untuk didaftarkan sebagai seorang pemegang unit mana-mana skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan boleh didaftarkan sebagai pemegang unit berkenaan dengan pemegangan

Pasaran Modal dan Perkhidmatan 509

orang mati sebagai pemegang amanah, wasi atau pentadbir harta pusaka itu dan adalah, berkenaan dengan pemegangan itu, berhak kepada hak yang sama dengan yang sepatutnya jika pemegangan orang mati itu kekal didaftarkan atas nama orang mati itu.

(2)

Suatu unit yang dipegang oleh pemegang amanah, wasi atau pentadbir orang mati berkenaan dengan suatu amanah tertentu boleh, dengan persetujuan syarikat pengurusan, ditandakan dalam daftar atau daftar cawangan itu dengan cara yang membolehkan unit itu dikenal pasti sebagai dipegang berkenaan dengan amanah itu.

(3)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan dalam seksyen ini, tiada notis mengenai apa-apa amanah yang nyata, tersirat atau konstruktif boleh dimasukkan ke dalam suatu daftar atau daftar cawangan, dan tiada tanggungan boleh terjejas dengan apa-apa jua yang dilakukan menurut subseksyen (1) atau (2) atau menurut mana-mana undang-undang di luar Malaysia yang sama dengan peruntukan seksyen ini.

Report

Penggal 6

Bahagian VI

Bahagian VI Akta ini hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai

Bahagian VII

Peruntukan yang Terpakai bagi Perbadanan Tersenarai

Bahagian VIII

Organisasi Pengawalseliaan Sendiri

Bahagian IX

Dana Pembangunan Pasaran Modal

Bahagian X

Penzahiran Maklumat

Bahagian XI

Tindakan Pentadbiran dan Sivil

Bahagian XII

Bahagian XIII

Peruntukan Pemansuhan, Kecualian dan Peralihan

Schedules