312. Daftar cawangan
Feedback & supportWalau apa pun peruntukan seksyen 308, sesuatu syarikat pengurusan boleh menyebabkan supaya disimpan di mana-mana tempat di luar Malaysia suatu daftar cawangan pemegang unit suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan yang hendaklah disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar pemegang unit.
508 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
Sesuatu syarikat pengurusan hendaklah menghantar serah kepada Suruhanjaya suatu notis mengenai lokasi pejabat di mana apa-apa daftar cawangan disimpan dan mengenai apa-apa pertukaran lokasinya dan, jika pejabat cawangan itu ditutup terus, mengenai penutupannya, dan apa-apa notis itu hendaklah dihantar serah dalam masa satu bulan selepas pembukaan atau pertukaran atau penutupan pejabat itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.
Suatu daftar cawangan hendaklah disimpan mengikut cara yang sama sebagaimana daftar utama dikehendaki supaya disimpan oleh Akta ini.
Sesuatu syarikat pengurusan hendaklah menyampaikan kepada pejabat di mana daftar utama disimpan suatu salinan tiap-tiap kemasukan dalam daftar cawangannya secepat yang dapat dilaksanakan selepas kemasukan itu dibuat, dan hendaklah menyebabkan disimpan di pejabat itu, suatu salinan daftar cawangannya, yang dimasukkan dengan sewajarnya dari semasa ke semasa, yang hendaklah bagi segala maksud Akta ini disifatkan sebagai sebahagian daripada daftar utama.
Sesuatu syarikat pengurusan boleh menutup suatu daftar cawangan dan dengan penutupan itu semua kemasukan dalam daftar itu hendaklah dipindahkan kepada daftar cawangan yang lain atau kepada daftar utama.
Seseorang yang melanggar subseksyen (2), (3) atau (4)
melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima puluh ribu ringgit.