In forceUpdated to 5 Feb 2024Current version · Updated to 5 Feb 2024
314. Kuasa mahkamah untuk membuat perintah
Feedback & support(1)
Mahkamah boleh membuat apa-apa perintah yang difikirkannya sesuai bagi melindungi kepentingan pemegang unit yang sedia ada atau bakal pemegang unit.
(2)
Jika seseorang pemegang amanah memohon kepada mahkamah untuk mendapatkan apa-apa arahan berhubung dengan pelaksanaan fungsi pemegang amanah atau untuk menentukan apa-apa soalan berhubung dengan kepentingan pemegang unit, mahkamah boleh memberikan apa-apa arahan atau membuat apa-apa perisytiharan atau penentuan berhubung dengan perkara itu yang difikirkan sesuai oleh mahkamah, termasuk apa-apa perintah sampingan atau berbangkit sebagaimana yang perlu.
Ketidakpakaian Penggal 5 Bahagian VI