315. Section 315
Feedback & supportPeruntukan Penggal 5 Bahagian VI tidak terpakai bagi suatu terbitan, tawaran atau pelawaan yang dibuat kepada seseorang
510 Undang-Undang Malaysia AKTA 671
atau golongan orang, atau dibuat berkenaan dengan suatu skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan atau suatu kelas skim unit amanah atau skim pelaburan ditetapkan sebagaimana yang Menteri boleh, atas syor Suruhanjaya, menetapkan melalui perintah yang disiarkan dalam Warta.
Suatu penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menentukan peruntukan Penggal 5 Bahagian VI yang baginya suatu terbitan, tawaran atau pelawaan tidak terpakai.
Menteri, atas syor Suruhanjaya, boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, mengubah, memotong, menambah, menggantikan, atau selainnya meminda penetapan yang dibuat di bawah subseksyen (1) dan atas penyiaran sedemikian, penetapan itu sebagaimana yang diubah, dipotong, ditambah, digantikan atau selainnya dipinda, hendaklah berkuat kuasa dan mempunyai kesan sepenuhnya dan hendaklah disifatkan sebagai suatu bahagian penting
Akta ini mulai dari tarikh penyiaran sedemikian atau apa-apa tarikh terkemudian sebagaimana yang ditentukan dalam perintah itu.