Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
117. Kesalahan oleh orang awam berhubung dengan mahkamah tentera
Feedback & supportJika di Malaysia mana-mana orang selain seseorang yang tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—
setelah disaman dengan sewajarnya untuk hadir sebagai seorang saksi di hadapan sesuatu mahkamah tentera, tidak mematuhi saman itu;
enggan mengangkat sumpah apabila dikehendaki dengan sewajarnya oleh sesuatu mahkamah tentera untuk berbuat demikian;
enggan mengemukakan apa-apa dokumen dalam jagaan atau di bawah kawalannya yang dikehendaki secara sah oleh mahkamah tentera supaya dikemukakan olehnya;
122 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
apabila seseorang saksi, enggan menjawab apa-apa soalan yang dikehendaki secara sah oleh mahkamah tentera supaya dijawab olehnya;
dengan sengaja mencela mana-mana orang, iaitu seorang anggota mahkamah tentera atau saksi atau mana-mana orang lain yang menjadi kewajipannya untuk hadir di dalam atau di hadapan sesuatu mahkamah tentera, semasa orang itu bertindak sebagai seorang anggota mahkamah tentera itu atau hadir sedemikian, atau dengan sengaja mencela mana-mana orang yang disebut terdahulu semasa orang itu pergi ke prosiding atau pulang daripada prosiding sesuatu mahkamah tentera;
dengan sengaja mengganggu prosiding sesuatu mahkamah tentera atau selainnya berkelakuan tidak senonoh di hadapan mahkamah tentera; atau
melakukan apa-apa perkara lain yang mungkin, jika sesuatu mahkamah tentera itu ialah suatu mahkamah undang-undang yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap mahkamah, telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah itu, yang dipertua mahkamah tentera itu boleh memperakui kesalahan orang itu yang ditandatangani sendiri olehnya kepada mana-mana mahkamah undang-undang di bahagian itu di Malaysia di mana kesalahan itu dikatakan telah dilakukan, iaitu sesuatu mahkamah yang mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman bagi penghinaan terhadap mahkamah, dan mahkamah undang-undang itu boleh kemudiannya menyiasat kesalahan yang dikatakan itu, dan setelah mendengar mana-mana saksi yang dikemukakan terhadap atau bagi pihak orang yang dipertuduh atas kesalahan itu, dan setelah mendengar apa-apa pernyataan yang mungkin diberikan sebagai pembelaan, menghukum atau mengambil langkah untuk menghukum orang itu mengikut cara yang sama seolah-olah dia telah bersalah melakukan penghinaan terhadap mahkamah yang kepadanya kesalahan itu telah diperakukan.
Akta Angkatan Tentera 123
Ikrar