Seksyen 112
Keputusan mahkamah tentera
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, tiap-tiap soalan yang hendak diputuskan dalam sesuatu perbicaraan oleh mahkamah tentera hendaklah diputuskan dengan undi majoriti anggota mahkamah itu.
(2)
Apabila bilangan undi mengenai dapatan itu sama banyak, mahkamah hendaklah membebaskan tertuduh itu.
(3)
Sesuatu dapatan bersalah yang satu-satu hukumannya yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah ialah mati tidak boleh berkuat kuasa melainkan jika hukuman itu mendapat persetujuan semua anggota mahkamah; dan jika tiada persetujuan seumpama itu dicapai apabila majoriti anggota mahkamah membuat sesuatu dapatan, mahkamah itu
118 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
hendaklah dibubarkan dan tertuduh itu boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera yang lain.
(4)
Jika tertuduh didapati bersalah dan mahkamah mempunyai kuasa untuk mengenakan hukuman mati atau apa-apa hukuman yang lebih ringan ke atasnya, hukuman mati itu tidak boleh dijatuhkan tanpa persetujuan semua anggota mahkamah itu.
(5)
Apabila bilangan undi sama banyak mengenai hukuman atau apa-apa soal yang berbangkit selepas permulaan perbicaraan, kecuali mengenai dapatan mahkamah itu, yang dipertua hendaklah mempunyai undi kedua atau undi pemutus.