Seksyen 109
Pentadbiran sumpah
Sesuatu sumpah hendaklah ditadbirkan bagi tiap-tiap anggota mahkamah tentera dan bagi mana-mana orang yang hadir dalam mahkamah tentera sebagai hakim peguam, pegawai di bawah arahan, jurutrengkas atau jurubahasa.
(2)
Tiap-tiap saksi di hadapan mahkamah tentera hendaklah diperiksa dengan mengangkat sumpah:
Akta Angkatan Tentera 115
Dengan syarat bahawa jika mana-mana kanak-kanak yang masih muda umurnya yang dipanggil sebagai saksi, pada pendapat mahkamah itu, tidak faham maksud sesuatu sumpah, keterangannya boleh diterima, walaupun tidak diberikan dengan mengangkat sumpah, jika mahkamah berpendapat bahawa kanak-kanak itu mempunyai kecerdasan yang mencukupi untuk membolehkan keterangan itu diterima dan faham kewajipannya untuk bercakap benar, walau bagaimanapun jika keterangan itu diberikan bagi pihak pendakwa, tertuduh itu tidak boleh disabitkan semata-mata atas keterangan itu melainkan jika keterangan itu disokong oleh keterangan lain yang material yang menyokongnya supaya melibatkan tertuduh itu.
(3)
Sesuatu sumpah yang dikehendaki ditadbirkan di bawah seksyen ini hendaklah mengikut bentuk yang ditetapkan dan hendaklah ditadbirkan pada masa yang ditetapkan oleh orang yang ditetapkan dan mengikut cara yang ditetapkan:
Dengan syarat bahawa, jika mana-mana saksi menawarkan untuk memberikan keterangan dengan mengangkat sumpah mengikut apa-apa bentuk yang lazim di kalangan atau yang dipegang teguh oleh orang yang sebangsa atau seagama dengannya dan bersesuaian dengan keadilan atau kesopanan dan tidak menyentuh mana-mana pihak ketiga, mahkamah boleh, jika difikirkannya patut, mengarahkan supaya sumpah sedemikian diberikan kepadanya walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam peruntukan terdahulu yang disebut.