Seksyen 110
Mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah terbuka
Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, sesuatu mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah terbuka dan di hadapan tertuduh.
(2)
Tiada apa-apa yang terkandung dalam subseksyen yang disebut terdahulu boleh menyentuh kuasa sesuatu mahkamah tentera untuk bersidang secara tertutup atas alasan bahawa adalah perlu atau suai manfaat demi kepentingan pentadbiran keadilan untuk berbuat demikian; dan dengan tidak menyentuh kuasa itu sesuatu mahkamah
116 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
tentera boleh, tertakluk pada apa-apa kecualian yang dinyatakan oleh mahkamah itu, memerintahkan supaya orang awam dikeluarkan daripada keseluruhan atau mana-mana bahagian prosiding mahkamah itu jika ternyata pada mahkamah itu bahawa apa-apa keterangan yang hendak diberikan atau pernyataan yang hendak dibuat dalam masa prosiding itu atau bahagian itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, mungkin jika tidak berbuat demikian akan menyebabkan penzahiran apa-apa maklumat yang akan menjadi atau mungkin berguna secara langsung atau tidak langsung kepada musuh.
(3)
Sesuatu mahkamah tentera hendaklah bersidang dalam mahkamah tertutup semasa menimbang teliti dapatan atau hukuman mereka atas apa-apa pertuduhan.
(4)
Sesuatu mahkamah tentera boleh bersidang dalam mahkamah tertutup semasa menimbang teliti apa-apa jua antara anggota-anggotanya.
(5)
Jika sesuatu mahkamah tentera bersidang dalam mahkamah tertutup tiada seorang pun boleh hadir kecuali anggota mahkamah dan orang lain yang ditetapkan.