Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

115. Kaedah-kaedah mengenai keterangan

Feedback & support
(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan selainnya dalam

Akta ini, kaedah-kaedah mengenai keterangan yang kena dipatuhi dalam prosiding di hadapan mahkamah tentera adalah sama dengan kaedah-kaedah yang kena dipatuhi dalam mahkamah awam di

120 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

Malaysia, dan tiada seorang pun boleh dikehendaki dalam prosiding di hadapan mahkamah tentera untuk menjawab apa-apa soalan atau mengemukakan apa-apa dokumen yang dia tidak dikehendaki untuk menjawab atau mengemukakan dalam prosiding yang serupa di hadapan mahkamah awam di Malaysia.

(2)

Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam subseksyen yang disebut terdahulu, sesuatu akuan berkanun hendaklah, dalam sesuatu perbicaraan oleh mahkamah tentera, diterima sebagai keterangan mengenai fakta yang dinyatakan dalam akuan itu dalam hal yang, dan setakat yang, keterangan lisan yang sama maksudnya boleh diterima dalam perbicaraan itu:

Dengan syarat bahawa sesuatu akuan berkanun tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam apa-apa perbicaraan bagi pihak sama ada pihak pendakwa atau pihak pembela—

(a)

jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pendakwa, melainkan jika suatu salinan akuan itu telah disampaikan kepada tertuduh tidak kurang daripada tujuh hari sebelum permulaan perbicaraan itu;

(b)

jika akuan itu dikemukakan bagi pihak pembela, melainkan jika suatu salinan akuan itu telah disampaikan kepada pegawai memerintah bagi tertuduh itu tidak kurang daripada tujuh hari atau sesuatu tempoh yang kurang sebagaimana yang dibenarkan oleh pegawai memerintah itu sebelum permulaan perbicaraan itu;

(c)

dalam apa-apa hal, jika, tidak lewat daripada tiga hari sebelum permulaan perbicaraan itu atau dalam apa-apa tempoh selanjutnya sebagaimana yang boleh dibenarkan oleh mahkamah tentera itu dalam hal keadaan khas, tertuduh atau, mengikut mana-mana yang berkenaan, pegawai memerintah bagi tertuduh itu, menyampaikan suatu notis mengikut bentuk yang ditetapkan kepada pegawai memerintah atau tertuduh itu yang menghendaki supaya keterangan lisan diberikan sebagai ganti akuan itu; atau

Akta Angkatan Tentera 121

(d)

dalam apa-apa hal, jika mahkamah tentera berpendapat bahawa demi kepentingan keadilan adalah wajar supaya keterangan lisan diberikan sebagai ganti akuan itu dan mahkamah tentera itu menetapkan bahawa pendapatnya adalah sedemikian.

(3)

Sesuatu mahkamah tentera hendaklah memberi pengiktirafan kehakiman mengenai segala perkara yang sudah diketahui, termasuklan segala perkara yang dalam pengetahuan perkhidmatan am mahkamah itu, dan mengenai segala perkara lain yang mungkin diberi pengiktirafan kehakiman dalam mahkamah awam di Malaysia.

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules