Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

120. Kaedah-kaedah mengenai penjalanan fungsi hakim peguam

Feedback & support
(1)

Kaedah-Kaedah Tatacara boleh membuat peruntukan mengenai penjalanan fungsi hakim peguam dalam perbicaraan oleh mahkamah tentera.

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen yang disebut terdahulu,

Kaedah-Kaedah

Tatacara boleh membuat peruntukan—

(a)

mengenai natijah bagi nasihat atau pendapat yang diberikan kepada mahkamah tentera oleh hakim peguam mengenai soal undang-undang; dan

(b)

bagi menghendaki atau membenarkan yang dipertua sesuatu mahkamah tentera, dalam hal yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Tatacara itu, untuk mengarahkan

Akta Angkatan Tentera 127

supaya soal undang-undang hendaklah diputuskan oleh seseorang hakim peguam semasa ketiadaan yang dipertua atau anggota lain mahkamah tentera dan mana-mana pegawai di bawah arahan, dan bagi memakai bagi hakim peguam itu dan prosidingnya mengenai apa-apa keputusan itu peruntukan Akta ini yang berhubungan dengan sesuatu mahkamah tentera atau anggotanya dan prosiding mahkamah tentera itu sebagaimana yang dinyatakan dalam Kaedah-Kaedah Tatacara.

(3)

Dalam subseksyen terdahulu yang akhir disebut sebutan mengenai soal undang-undang termasuklah sebutan mengenai soal terhadap percantuman pertuduhan dan perbicaraan bersesama atau berasingan.

Memberi pertimbangan terhadap kesalahan

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules