Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan

119. Kaedah-Kaedah Tatacara

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada peruntukan seksyen ini, Menteri boleh membuat kaedah-kaedah (kemudian daripada ini disebut “Kaedah-Kaedah Tatacara”) berkenaan dengan penyiasatan dan perbicaraan, dan penjatuhan hukuman bagi, kesalahan yang diambil tahu oleh mahkamah tentera, pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan, dan berkenaan dengan pengesahan dan penyemakan dapatan dan hukuman mahkamah tentera.

124 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(2)

Dengan tidak menyentuh keluasan makna subseksyen yang disebut terdahulu,

Kaedah-Kaedah

Tatacara boleh membuat peruntukan berkenaan dengan semua atau mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a)

tatacara yang kena dipatuhi apabila membawa pertuduhan di hadapan pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan;

(b)

cara bagaimana pertuduhan yang dibawa sedemikian kena disiasat, dan pengambilan keterangan (sama ada secara lisan atau bertulis, sama ada dengan mengangkat sumpah atau tidak, dan sama ada dengan lengkap atau tidak atau bentuk ringkasan atau cabutan) bagi maksud menyiasat atau membicarakan terus pertuduhan itu atau selainnya sebagai penyiasatan awal terhadap perbicaraan itu oleh mahkamah tentera, walau bagaimanapun Kaedah-Kaedah

Tatacara hendaklah mengadakan peruntukan bagi pemakaian seksyen 109 dalam apa-apa hal jika tertuduh menghendaki supaya keterangan itu diambil dengan mengangkat sumpah;

(c)

menambah, atau menggantikan, sesuatu pertuduhan yang telah disiasat dengan suatu pertuduhan baru bagi suatu kesalahan yang dizahirkan melalui keterangan yang diambil pada masa penyiasatan itu, dan menyifatkan penyiasatan itu sebagai penyiasatan bagi pertuduhan baharu itu;

(d)

memanggil untuk bersidang dan menubuhkan mahkamah tentera;

(e)

persidangan, penangguhan dan pembubaran mahkamah tentera;

(f)

tatacara yang kena dipatuhi dalam perbicaraan oleh mahkamah tentera;

(g)

representasi tertuduh dalam perbicaraan itu;

Akta Angkatan Tentera 125

(h)

mendapatkan kehadiran saksi-saksi di hadapan mahkamah tentera dan pada masa mengambil keterangan menurut

Kaedah-Kaedah Tatacara yang dibuat di bawah perenggan (b);

(i)

memakai semua atau mana-mana peruntukan keempat-empat seksyen yang disebut terdahulu berhubung dengan prosiding di hadapan pegawai memerintah dan pihak berkuasa atasan yang berkenaan dan selainnya berhubung dengan prosiding sebelum perbicaraan oleh mahkamah tentera;

(j)

memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah tentera atau pegawai sidang, untuk meminda sesuatu pertuduhan yang sedang dibicarakan oleh mahkamah tentera dalam hal dan setakat yang ditetapkan;

(k)

memberi kuasa kepada sesuatu mahkamah tentera jika butir-butir yang dibuktikan atau diterima dalam perbicaraan itu berbeza daripada butir-butir yang dikatakan dalam pertuduhan itu tetapi cukup untuk menyokong sesuatu dapatan bersalah bagi sesuatu kesalahan yang sama dengan kesalahan yang dipertuduh itu, untuk membuat sesuatu dapatan bersalah tertakluk pada kecualian atau perubahan yang dinyatakan dalam dapatan itu jika ternyata pada mahkamah tentera itu bahawa perbezaan itu tidak material hingga memudaratkan tertuduh dalam pembelaannya;

(l)

bentuk perintah atau dokumen lain yang kena dibuat bagi maksud mana-mana peruntukan Akta ini atau Kaedah-Kaedah Tatacara yang berhubungan dengan penyiasatan atau perbicaraan, atau penjatuhan hukuman bagi, kesalahan yang diambil tahu oleh mahkamah tentera, pegawai memerintah atau pihak berkuasa atasan yang berkenaan, atau yang berhubungan dengan pengesahan dan penyemakan dapatan dan hukuman mahkamah tentera; dan

(m)

apa-apa perkara lain yang dikehendaki atau dibenarkan supaya ditetapkan oleh Bahagian ini.

126 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(3)

Kaedah-Kaedah Tatacara yang dibuat menurut kuasa perenggan (j)

subseksyen terdahulu yang akhir disebut hendaklah memastikan supaya kuasa untuk meminda pertuduhan tidak boleh dijalankan dalam hal keadaan yang sebahagian besarnya berlainan daripada hal keadaan yang pertuduhan itu boleh dipinda oleh mahkamah awam di Malaysia, atau melainkan tertakluk pada syarat yang serupa, dengan seberapa hampir yang dibenarkan oleh hal keadaan dengan syarat yang tertakluk padanya pertuduhan boleh dipinda sedemikian, dan tidak boleh dijalankan oleh sesuatu mahkamah tentera (selain bagi maksud hanya membetulkan sesuatu kesilapan pada nama atau perihal tertuduh itu atau sesuatu kesilapan perkeranian atau peninggalan) melainkan jika seorang hakim peguam hadir dalam perbicaraan itu.

(4)

Kaedah-Kaedah Tatacara tidak boleh membuat peruntukan berkenaan dengan penjalanan hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah tentera atau hukuman lain yang dijatuhkan di bawah

Bahagian ini.

(5)

Sesuatu Kaedah Tatacara yang tidak selaras dengan peruntukan

Akta ini, setakat ketidakselarasan itu, adalah tidak sah.

Report

Bahagian VI

Gaji, Pelucuthakan dan Potongan

Bahagian VII

Peruntukan Am

Bahagian VIII

Simpanan Angkatan Tetap

Bahagian IX

Angkatan Sukarela Malaysia

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules