Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian V · Kesalahan dan Hukuman Perkhidmatan
118. Section 118
Feedback & supportJika—
seseorang yang dikehendaki menurut kuasa Akta ini untuk mengangkat sumpah bagi maksud prosiding di hadapan sesuatu mahkamah tentera membantah terhadap mengangkat sumpah itu, dan menyatakan sebagai alasan terhadap bantahannya itu bahawa dia tidak mempunyai sesuatu kepercayaan agama atau bahawa mengangkat sumpah itu berlawanan dengan kepercayaan agamanya;
atau
adalah tidak semunasabahnya praktik untuk mentadbirkan sesuatu sumpah kepada seseorang itu seperti yang disebut terdahulu mengikut cara yang sesuai dengan kepercayaan agamanya, dia boleh dibenarkan membuat suatu ikrar dengan sesungguhnya mengikut bentuk yang ditetapkan sebagai ganti mengangkat sumpah.
Seseorang yang boleh dibenarkan di bawah seksyen ini untuk membuat sesuatu ikrar dengan sesungguhnya boleh juga dikehendaki untuk berbuat demikian dan bagi maksud seksyen ini
“semunasabahnya praktik” ertinya semunasabahnya praktik tanpa kesusahan atau kelengahan.
Tatacara