Seksyen 111
Pembubaran mahkamah tentera
Jika, sama ada sebelum atau selepas permulaan perbicaraan, ternyata pada pegawai sidang bahawa adalah perlu atau suai manfaat demi kepentingan pentadbiran keadilan supaya sesuatu mahkamah tentera dibubarkan, pegawai sidang itu boleh dengan perintah membubarkan mahkamah tentera itu.
(2)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen yang disebut terdahulu, jika selepas permulaan perbicaraan, bilangan anggota sesuatu mahkamah tentera terkurang daripada bilangan minimum di sisi undang-undang oleh sebab kematian salah seorang daripada anggotanya atau kerana apa-apa sebab lain mahkamah tentera itu hendaklah dibubarkan.
(3)
Jika selepas permulaan perbicaraan, yang dipertua mahkamah tentera itu mati atau selainnya tidak dapat hadir dan bilangan anggota
Akta Angkatan Tentera 117
mahkamah itu tidak terkurang daripada bilangan minimum di sisi undang-undang, maka—
(a)
jika anggota kanan mahkamah itu berpangkat kapten atau yang setaraf dengannya atau berpangkat lebih tinggi, pegawai sidang itu boleh melantiknya sebagai yang dipertua dan perbicaraan itu hendaklah diteruskan dengan sewajarnya; tetapi
(b)
jika dia tidak berpangkat sebagaimana yang dinyatakan di atas, mahkamah itu hendaklah dibubarkan.
(4)
Tanpa menyentuh keluasan subseksyen (1), jika selepas permulaan pembicaraan pegawai sidang diberitahu bahawa oleh sebab tertuduh sakit atau tidak berupaya secara lain, adalah tidak praktik setelah diambil kira semua hal keadaan perbicaraan itu tidak boleh diteruskan dalam masa yang munasabah, pegawai sidang itu boleh membubarkan mahkamah itu.
(5)
Jika sesuatu mahkamah tentera dibubarkan di bawah peruntukan seksyen ini yang disebut terdahulu, tertuduh boleh dibicarakan oleh mahkamah tentera yang lain.