Skip to content

Seksyen 113

Dapatan dan hukuman

of Akta Angkatan Tentera 1972

ActIn forceProvision 128 of 129
Seksyen 113
(1)

Dengan tidak menyentuh peruntukan seksyen 110, dapatan sesuatu mahkamah tentera atas setiap pertuduhan hendaklah diumumkan dalam mahkamah terbuka.

(2)

Apa-apa dapatan bersalah hendaklah, dan hendaklah diumumkan sebagai, tertakluk pada pengesahan.

(3)

Apa-apa hukuman sesuatu mahkamah tentera, bersama-sama dengan apa-apa syor terhadap keampunan, hendaklah diumumkan dalam mahkamah terbuka, dan sesuatu hukuman mahkamah tentera hendaklah, dan hendaklah diumumkan sebagai, tertakluk pada pengesahan.